Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - social concern - AlFadhil Ustaz Norazli selamat pulang

Kami menunggu Alfadhil Ustaz Norazli Musa sejak jam 4 petang di KLIA kerana tidak mengetahui waktu sebenar ketibaannya, cuma yakin beliau akan kembali ke tanah air pada Sabtu malam (8hb Jan 2011), berasaskan laporan dan perhubungan melalui internet dan FB.

Wajah yang ditunggu2 akhirnya muncul pada jam 8.30 melalui pintu ketibaan antarabangsa. Maka berpelukanlah rakan-rakan yang menanti beliau. Beliau muncul bersama saudara Fuad Helmi, seorang anak muda berasal dari pasir Mas Kelantan yang turut bersama-sama Norazli ke Gaza. (gambar bawah)
Sdr Fuad berlepas bersama-sama Norazli kira-kira sebulan lepas untuk mengikuti bersama delegasi Asian Caravan to Gaza yang turut disertai sama delegasi dari Indonesia, Pakistan, India dan juga Jepun.

Selesai bergambar kenangan, maka berpisahlah dua saudara seislam itu, Norazli bersama-sama saya, Haji Mustapha Wahab dan PakYa (seorang pengusaha dan sahabat karib Norazli menaiki mobil menuju Ipoh, manakala Sdr Fuad yang ditunggu isterinya bersama-sama rakannya menuju destinasi KL untuk ke rumah masing-masing.

Haji Mustapha atau Tok Pa kelihatan segak dengan mufler Palestine sambil menolak troley barangan Norazli. Selepas itu, kami terus berlepas dengan Pa Ya memandu mobil menuju Ipoh.

Berkali-kali Norazli menyebut ingin menjamah nasi Malaysia kerana selama sebulan lepas terlepas juadah yang dijamahnya puluhan tahun. Katanya, kadangkala beliau memakan mi segera Indo sebagai pelepas kempunan.



Berulangkali beliau bercerita sambil diselangseli dengan pertanyaan demi pertanyaan saya dan tok Pa yang cuba memahami situasi beliau semasa menyertai rombongan ke Gaza itu. Bercampur sedia, marah dan kesal begitulah kesimpulannya.

Kami berhenti makan satey kajang di persimpangan sungai Buloh.. isteri Norazli kerap kali menelefon bertanya udah sampai di mana? Hmmm biasalah isteri menanti kepulangan suami...

Sedudah menjamah satey, kami solat di surau R & R Sungai Buluh itu, selepas itu Azli terus menceritakan pengkisahannya merantau dan mengembara di negara Asia Barat itu. Dari Taheran, Al Arish, Turkey, Damscus (Syria) dan Gaza... kisah2 kalangan Syiah di Iran dan pelabagi hal yang amat tidak secocok dengannya.

Lama kelamaan semuanya terlena kecuali saya dengan Pa Ya yang memandu. Kira-kira jam 12 kami tiba di rumah al fadhil Ustaz Azli di Ipoh, lantas kami memunggah dua beg besar miliknya dan bersedia berangkat ke rumah masing-masing.

Namun isteri Norazli mohon dijamah pulut dan rendang yang telah disediakan. Selepas itu, pada jam 1230 pagi Pak Ya mohon berangkat pulang ke Beruas, manakala saya dan Tok Pa beransur ke Taiping. Kami sampai di Changkat Ibol jam 1.45 pagi, dan saya kemudian terus memandu sendirian ke Penang dengan kepala penuh kisah dan angan, sehinggalah sampai di pagar rumah di Kepala Batas pada jam 3 pagi.




0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers