Ampun Maaf dipinta pada semua pengunjung blog ini. Saya mendoakan semuga semua pelayar blog saya ini, akan beroleh kemenangan dan kesejahteraan hendaknya. Rakyat Malaysia beragama Islam akan menyambut Aidilfitri pada Jumaat, demikian diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah. Pengumuman itu disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM). "Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Jumaat, 10 Sept 2010." |
-
0 comments