Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - social concern - AIDILFITRI PADA 9/11 SEOLAH-OLAH SAMBUT TRAGEDI 911 ?

Umat Islam di Amerika Syarikat (AS) bimbang pertindihan antara tarikh berakhirnya Ramadan dan ulang tahun tragedi 11 September, menyebabkan umat Islam akan dikritik kerana kononnya menyambut serangan pengganas yang berlaku pada 2001.

Mengikut kalendar Hijrah, Ramadan bermula 10 hari lebih awal setiap tahun, dan pada tahun ini, sambutan Aidilfitri, yang menandakan berakhirnya bulan puasa, jatuh pada 11 September.

Sesetengah kumpulan bimbang kebetulan itu akan menambah kecurigaan dan permusuhan terhadap umat Islam ketika sentimen negatif mereka sudah memuncak

Presiden Barack Obama dikritik hebat kerana menyokong rancangan pembinaan sebuah pusat komuniti Islam berhampiran tempat kejadian serangan Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York pada 11 September, 2001 atau Ground Zero.

Masyarakat Islam Amerika Utara (ICNA) mengambil keputusan menangguhkan hari keluarga pada 11 September kerana menghormati mangsa dan saudara mara mereka. Pengasasnya, Tariq Amanullah bekerja di WTC dan meninggal dunia akibat serangan itu.

Majlis Hal Ehwal Umum Islam kumpulan penyokong berpusat di Los Angeles, dilaporkan menghubungi polis memaklumkan mengenai tarikh pertindihan itu dan menggesa masjid memperbaiki pengawasan dan keselamatan di premis mereka.

Ibrahim Hooper, dari Majlis Hubungan Islam-Amerika, berkata setiap individu dan masyarakat bebas untuk menyambut Aidilfitri, namun mereka mungkin mengubah cara sambutan Aidilfitri kerana tarikhnya begitu dekat dengan 9/11.

Saya tidak fikir mereka akan mengubah cara sambutan. Aidilfitri adalah acara bersolat dan meraikan kemenangan berpuasa. Kami sentiasa memberitahu masjid supaya memeriksa keselamatan apabila Islamofobia memuncak. Mereka sengaja mencari dan mencipta pelbagai alasan untuk menyelar Islam dan ini adalah satu daripadanya, katanya.

Haroon Moghul, pengarah sebuah badan capaian Islam, menulis: Jika Aidilfitri jatuh pada ulang tahun hari berkenaan, ia akan menjadi satu tugas sukar kepada umat Islam di New York. Ramai jemaah akan tersentuh perasaan masing-masing pada hari itu, sama ada secara peribadi berikutan kehilangan orang tersayang dalam kejadian terbabit. Agensi

0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers