Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - political concern - Melayu kurang daftar mengundi petunjuk kegagalan Umno

KUALA LUMPUR: PAS berpandangan laporan bahawa nisbah 1 Melayu dan 40 bukan Melayu yang mendaftar sebagai pengundi, adalah petunjuk kegagalan Umno sebagai tonggak untuk menyuntik kesedaran politik di kalangan orang Melayu.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berpendapat perkara itu terjadi kerana Umno-BN telah menjadikan generasi muda Melayu, hanyut dengan budaya hedonisme yang melampau.

Katanya, orang Melayu yang dilanda dengan budaya itu memang mereka tidak akan mempedulikan soal politik dan apa sahaja gejala rasuah yang berlaku dalam negara kita.

"Umno mengharap dengan dihidang program hiburan sebegini maka mereka tidak akan mengambil peduli apa yang berlaku kepada negara ini,” katanya.

Maka, katanya Umno BN akan bermaharajalela untuk memfaraid harta negara kerana rakyat Melayu ini tidak mempedulikan apa yang Umno hendak lakukan seperti kapal selam yang tidak boleh menyelam, gadai harta negara seperti Blok L dan M yang berharga RM320 bilion kepada kerajaan Brunei.

“Nampaknya strategi tempang telah makan tuan sehingga orang Melayu sedikit mendaftar sebagai pengundi kerana diulit dengan program hiburan yang semakin menjadi-jadi,” ujarnya.

Katanya, PAS berpendapat bahawa akibat longgarnya pegangan agama di kalangan orang Melayu terutama remaja, sehingga mereka tidak ada kesedaran politik untuk mendaftar.

Sejarah, jelasnya membuktikan orang Melayu sedar politik pada peringkat awal apabila golongan islah yang dipimpin oleh ulamak seperti Sheikh Tahir Jalaludin dan Syed Sheikh al-Hadi yang pulang daripada Timur Tengah meniupkan kesedaran agama dan politik.

Akhirnya, kata beliau orang Melayu ada kesedaran politik dan bangkit menentang penjajah tetapi keadaan berlaku sebaliknya apabila Umno cuba merenggangkan agama dan politik, dengan membendung fungsi masjid sebagai pusat ilmu untuk menerangkan Islam yang syumul.

Maka sekarang, ujarnya terimalah padahnya kerana orang Melayu sudah mati kesedaran untuk berpolitik dan tidak berminat untuk mendaftar sebagai pengundi.

PAS, menurutnya lagi melihat gagalnya orang Melayu mendaftar kerana Umno telah menanamkan budaya takut semasa di pusat pengajian tinggi lagi.

Baginya, politik ugut dan tidak bermaruah dalam pilihanraya kampus, akhirnya mereka menjadi ulat buku yang tidak berdunia dengan masyarakat serta tidak ada kesedaran politik.

Tambahnya, mereka mengambil pendekatan untuk tidak mahu terlibat dalam politik kampus, sehingga setengah kampus terpaksa mewajibkan pelajar turun mengundi, kalau tidak mereka akan diambil tindakan seperti buang daripada asrama.

“Semua ini kesilapan Umno yang mematikan tunas kesedaran politik di kalangan mahasiswa sedangkan mereka ini adalah generasi pelapis negara, sekarang siapa yang rugi,” tanya beliau.

Justeru, katanya PAS menyeru supaya ahli yang sudah cukup umur lahir sebelum tahun 1989, diwajibkan mendaftar sebagai pengundi sementara semua jentera
parti mesti menjadikan agenda daftar pemilih sebagai program yang diutamakan.

“Semua penceramah, pengkuliah, naqib memberi penekanan dalam ceramah dan kuliah mereka supaya mendaftar sebagai pengundi. Tekankan bahawa dafar mengundi adalah wajib.

“Kalau kuat bertakbir tetapi tidak daftar sebagai pengundi, kuasa Umno BN tidak akan jatuh di dalam PRU yang akan datang. Ini bererti negara akan menuju kepada kehancuran dan muflis,” katanya. Harakahdaily.

0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers