Mereka termasuk ahli beberapa badan bukan kerajaan (NGO), dan anggota Pakatan Rakyat yang melaungkan slogan anti-Israel dan mengutuk kekejaman rejim Yahudi itu membunuh anggota sukarelawan yang menyertai misi Flotila Pembebasan.
Mereka diketuai Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar telah bertemu dengan wakil kedutaan AS bagi menyerahkan memorandum membantah tindakan tentera Israel kepada Presiden Barrack Obama.
Memorandum tersebut mengandungi lima resolusi yang dipersetujui bersama antara pemimpin Pakatan Rakyat.
"Dengan persepakatan bersama, kami mendesak agar tindakan Israel itu dihukum berdasarkan undang-undang antarabangsa," kata Anwar.
Resolusi itu mengutuk sekeras-kerasnya keganasan Israel terhadap komuniti antarabangsa berikutan misi keamanan itu membabitkan kerjasama seluruh dunia yang terdiri daripada kira-kira 50 negara.
Anwar berkata, pihaknya mendesak agar rejim Israel didakwa di Mahkamah Jenayah Antarabangsa dan membayar pampasan sepenuhnya kepada semua mangsa terbabit.
"Kami menuntut supaya semua barangan bantuan kemanusiaan dipulangkan kembali kepada penganjur Flotila Pembebasan sebagai hak yang mesti disampaikan kepada rakyat Palestin di Gaza.
0 comments