Pemimpin dan Ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang tidak berpuashati dengan parti itu diminta angkat kaki sekarang . boleh belah... jika ikhlas.
Semua yang tak berpuashati boleh belah sekarang jika ikhlas... jangan dok tunggu masa pilihan raya kecl. Agaknya begitulah arahan itu sepatutnya berbunyi sebagai amaran terhadap sikap anggota dan pemimpin parti itu yang kurang kesetiaannya dengan meninggalkan PKR sewaktu prk.
Pengarah Pilihanraya PKR Fuziah Salleh berkata sesiapa yang terfikir mau meninggalkan PKR sila berbuat demikian dalam tempoh sebulan ini.
PKR kehilangan lima Ahli Parlimen dan empat ADUN sejak pru12 2008.
"PKR perlu membersihkan dengan memiliki mereka yang ikhlas dan mengukuhkan parti untuk terus maju ke hadapan," katanya.
0 comments