Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - social concern - LELAKI MERAGUT LEBIH 300 KES DIBERKAS

Seorang peragut kejam yang dipercayai mengakibatkan seorang mangsanya maut dan terbabit dalam 300 kes ragut di sekitar Lembah Klang diberkas polis setelah diburu lebih empat bulan.

Lelaki berusia 22 tahun ini diberkas ketika sedang menunggu pesanan makanannya di sebuah restoran di Bandar Tun Razak, Cheras pada 25 April lepas.

TKP Daerah Cheras, Supt Abdul Rahim Hamzah Osman berkata, lelaki itu berjaya diberkas hasil maklumat awam dan risikan. Dia direman sehingga 8 Mei dan ditahan di bawah seksyen 302 Kanun Kesiksaan kerana membunuh.

Hasil soal siasat mendapati lelaki itu terbabit dalam kes ragut pada 7 Dis lepas, yang mengakibatkan seorang lelaki maut manakala isterinya patah kaki. Dalam kejadian itu, lelaki itu meragut rantai leher wanita itu yang sedang membonceng motosikal dipandu suaminya itu.

Katanya, lelaki itu dipercaya tidak melakukan kegiatan itu berseorangan sebaliknya bersama seorang lagi rakannya yang berumur 20 tahun berasal dari Selayang.

0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers