Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - political concern - GHAPUR SALLEH LETAK JAWATAN ANGGOTA PARLIMEN KALABAKAN?

Datuk Abdul Ghapur Salleh yang didakwa oleh Datuk Seri Zahrain Hashim sebagai antara lapan wakil rakyat BN diumpan menyertai rancangan DSAI mengambil alih kerajaan pada 16 Sept 2008, bertekad melepaskan kerusi Parlimen.

Ghapur mengosongkan kerusinya akhir Mac lalu, tetapi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dikatakan telah menggesa beliau menarik balik surat peletakan jawatan awal April.

Ahli Parlimen Kalabakan ini yang dihubungi enggan mengulas isu berkenaan.

Beliau menngambil pendirian luar biasa demi menjaga maruahnya apabila ada segelintir pemimpin BN peringkat nasional dan negeri melabelkan beliau sebagai “orang Anwar” selain berhasrat untuk keluar parti.

Ghapur dikatakan mengemukakan surat letak sebagai wakil rakyat kepada Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia kira-kira dua minggu selepas Zahrain, bekas pemimpin PKR yang kini merupakan Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru, mendedahkan di Dewan Rakyat nama lapan wakil rakyat di Dewan Rakyat.

Zahrain yang keluar PKR Februari lalu membuat pendedahan itu pertengahan Mac lalu.

Ghapur amat marah terhadap wakil rakyat Bayan Baru itu kerana menamakannya sebagai antara lapan wakil rakyat BN yang kononnya diumpan bagi menyertai rancangan Anwar mengambil alih kerajaan.

Ghapur mendesak Zahrain menarik balik kenyataan yang menamakan beliau antara yang diumpan untuk lompat parti serta meminta maaf kepadanya.

0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers