Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - political concern - BETUL BUKAN NAJIB NAK JUMPA, TAPI DIARAH JUMPA OLEH OBAMA

Peranan Apco Worldwide membina publisiti untuk kerajaan pimpinan DS Najib Razak telahpun diketahui umum. Pada 4 Okt 2009, Perakite telah melaporkan bahawa, tugasan APCO antaranya mendapatkan slot liputan bagi PM dan Malaysia ke dalam rangkaian berita utama seperti CNBC dan CNN.

Selain itu, artikel atau rencana hasil penulisan seseorang dalam akhbar antarabangsa sepertimana Najib tulis untuk Wall Street Journal semasa mula memegang jawatan juga menjadi salah satu target dalam kontrak dengan APCO.

Elemen melobi, terutama di Amerika Syarikat enjadi agenda dan untuk permulaan ialah perbualan telefon Najib dengan Presiden US Barack Obama sebelum pertemuannya baru-baru ini adalah salah satu daripada agenda yang dijanjikan Apco.

Kini ia telahpun berlaku.

Kini fasa ketiga ialah, usaha sedang dijalankan untuk membawa Presiden US itu ke Malaysia, kerana ia dipercayai akan meningkatkan imej Najib di persada dunia dan mengurangkan pengaruh Anwar Ibrahim di Washington.

Namun DS Najib ternyata terlebih unjuran apabila mengatakan bahawa bukan beliau yang mahu menemui Obama, tetapi Presiden US itu yang mahu menemuinya. Ia sudah lebih tapi harapan Najib ialah ia satu mementum politik positif tetapi perkiraannya sudah silap. Akibatnya ia jelas nampak berbohong.

Namun mungkin ada juga benarnya bukan Najib yang mahu menemui Obama, tetapi Najib diarah agar menemui Presiden US itu.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan Najib telah berbohong kerana kenyataan beliau (Najib) bertentangan dengan jawapan (Menteri di JPM) DS Nazri Aziz di Dewan Rakyat yang memuji perkhidmatan APCO sehingga Najib mendapat peluang yang diidam-idamkan untuk mengadap Obama.

RM77 juta dibayar ... tak kan nak atur pertemuan cam tu tak boleh...

Mahfuz berkata, jikapun benar dakwaan kononnya Obama yang mahu berjumpa Najib, "ia tidak ubah seperti guru besar memanggil pelajar bermasalah untuk berjumpanya".

"Kalau pemimpin negara angkuh seperti Amerika Syarikat memanggil pemimpin negara kecil mengadapnya, biasanya pemimpin negara kecil itu dileteri dan diberi amaran," katanya yang kesal dengan sikap Najib yang cuba memperbodoh-bodohkan rakyat Malaysia konon Obama mahu mendengar penjelasan mengenai MEB.


0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers