kepada anakanda aminulrasyid
wajahmu tenang tanpa bicara
dadaku dipenuhi duka
berselirat
kerana mudahnya membiar peluru berbicara
kuasa sang mata-mata si anak hassan
tidurlah wahai anakanda aminurasyid
menyimpan segala cita-citamu yang terpendam
pada usia ampuhmu
biar bonda membungkus duka
melakar sengsara
merakam gundah gulana
al fatihah
0 comments