Seorang penerbit televisyen TV2, RTM mendakwa terdapat campur tangan politik dalam penerbitan dokumentarinya berhubung laporan Ampangan Bakun apabila penyiarannya diganggu kerana didakwa akan menjejaskan peluang BN mengekalkan kerusi Parlimen Sibu pada prk 18 M€ei ini. "Pengarah berita RTM, Datuk Jumaat Engson berkata dokumentari itu ditarik balik kerana ia mempunyai elemen yang sensitif yang mungkin memudaratkan BN pada prk Sibu dan juga pru Sarawak,” kata Chou. Sebelum ini, penerbit ntv7, Joshua Wong meletakkan jawatanya kerana mendakwa terdapat campur tangan politik yang melampau dengan kerjanya. Dokumentari sembilan bahagian Chou adalah untuk rancangan "Galeri Mandarin Nasional" di TV2 dan bermula Isnin lalu sehingga 7 Mei menerusi slot waktu 12.20 petang hingga ke 12.30 petang. Dua episod pertama bermula Isnin lalu. 'Rakyat didahulukan' atau 'politik didahulukan'? Episod seterusnya yang dijadualkan hari ini yang memaparkan impak sosial pembinaan empangan Bakun di kawasan pribumi di Belaga yang terpaksa dipindahkan ke Sungai Asap dan Sungai Koyan pada tahun 1998 dihentikan. Chou berkata tindakan itu amat bertentangan dengan gagasan 1Malaysia yang dicanangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menekankan kepentingan rakyat didahulukan. Ketika dihubungi Malaysiakini, ketua pengarah penyiaran itu menafikan bahawa beliau yang membuat larangan berkenaan. “Saya tidak membuat arahan itu...awak sepatutnya tanya kepada Chou,” katanya. | ||
-
0 comments