Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - PRK HUlU SELANGOR - SPR AKUI PINDAH PENGUNDI HULU SELANGOR

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah memindah pusat pengundian lebih 13,000 pengundi kerusi Parlimen Hulu Selangor bagi memberikan keselesaan kepada mereka dan bukannya kerana alasan politik.

Timbalan Pengerusinya Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, ia dibuat mengikut Seksyen 7 Akta Pilihan Raya 1958 bagi membuat pembetulan lokaliti yang mengambil kira aspek ketenteraman awam, lokasi mengundi yang tidak sesuai dan mendapat tempat baru yang lebih sesuai.

"Kita membuat perubahan itu berdasarkan keselesaan pengundi dan tidak mahu satu saluran itu mempunyai pengundi yang ramai melebihi 3,000 orang termasuk mengambil kira pembinaan sekolah baru dengan menutup sekolah lama, bukan dua sekolah dibuka serentak seperti didakwa pembangkang," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan satu portal berita yang memetik pengarah pilihan raya PKR Hulu Selangor, Fuziah Salleh yang mendakwa pihaknya mendapati 13,488 pengundi atau kira-kira satu perlima daripada jumlah pengundi telah dipindahkan ke pusat pengundian lain berbanding pusat mengundi pada pilihan raya umum ke-12 lepas.

Beliau turut mengakui bahawa seramai 228 orang pengundi yang sebelum ini menjadi pengundi Hulu Selangor ditukarkan ke parlimen Selayang.

"Dengan itu, jumlah pengundi akan berkurangan iaitu dari enam saluran semasa pilihan raya umum ke-12 kepada tiga saluran setiap satu kawasan sebagai keselesaan untuk pengundi," katanya.

Perakite: Kalau tak disemak atau disedari terlebih awal, maka betapa berkecamuk sewaktu hari pilihan raya... silap hari tak mengundi. Kenapalah SPR tunggu hal itu didedahkan terlebih dahulu sebelum mengumumkannya...

0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers