Siapa ler yang ambil jalan mudah membuang sebanyak 110 batang batu nisan lama yang dipercayai daripada kerja-kerja pembersihan kawasan perkuburan, di Pantai Bersih, Butterworth.
Siasat siapa punya kerja ini ?
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob berkata seorang pemancing membuat laporan polis setelah menjumpai 20 batang batu nisan bersama longgokan tanah di Pantai itu.
“Polis bersama dengan pihak bomba dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah bergegas ke tempat penemuan dan mendapati terdapat lebih kurang 110 batang batu nisan lama di kawasan tersebut,” katanya.
Beliau berkata siasatan awal polis mendapati batu-batu nisan lama tersebut dibuang dari sebuah masjid berhampiran kawasan Kampung Gajah, Permatang Pauh, selepas kerja-kerja pembersihan untuk membuka jalan di kawasan itu.
“Kami telah mengambil keterangan daripada imam (masjid tersebut) dan syarikat yang dipertanggungjawabkan untuk membersihkan masjid tersebut,” katanya.
Tambahnya syarikat tersebut mengaku telah membuat kerja-kerja pembersihan di masjid tersebut tetapi tidak pasti ke mana pekerjanya melonggokkan sampah dan batu-batu nisan lama itu.
0 comments