Datuk Zaid Ibrahim mendakwa Prk Parlimen Hulu Selangor sebagai “paling teruk, kotor dan korup” selain membabitkan politik wang luar biasa di pihak Barisan Nasional (BN).
“Perkara membeli undi ini bukan pertama kali, cuma kali ini jumlahnya agak luar biasa yang ditawarkan BN kepada pengundi.
“Kalau wang menjadi penentu keputusan, saya rasa BN akan menang 222 kerusi.
“Sepanjang penglibatan dalam politik, saya lihat pilihan raya ini yang paling teruk, paling, paling kotor dan paling agresif yang dilakukan BN bagi memperoleh kemenangan,” katanya.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu percaya walaupun pelbagai tohmahan dan fitnah dilemparkan terhadap dirinya ia akan dapat diatasi.
0 comments