Pertembungan sengit dijangka berlaku esok antara Datuk Zaid Ibrahim dan P Kamalanathan. Sehingga ini, Pakatan Rakyat dan BN terus berkempen dengan menggerakkan jentera masing-masing untuk menawan hati pengundi.
DSAI bertungkus lumus cuba mempertahankan kerusi yang dimenangi PR pada PRU 12 dengan majoriti tipis, iaitu 198 undi daripada jatuh ke tangan BN. Mursyidul Am PAS TGNA Nik Aziz Nik Mat yang kelihatan bertongkat juga berkempen dan bertemu pengundi di Hulu Selangor.
Jika Kaji selidik, Ilham Centre mendakwa kemenangan memihak kepada BN, kajian sebuah lagi pertubuhan bebas menunjukkan pengundi Hulu Selangor mula mendekati Pakatan Rakyat.
Kajian Zentrum Future Studies Malaysia menunjukkan PKR berada di hadapan dengan sokongan 51.7 peratus berbanding 48.3 peratus oleh BN.
Perbezaan tipis 3.4 peratus itu masih membimbangkan Pakatan. Lantaran itu, malam terakhir ini sebelum pembuangan undi akan memberi gambaran siapa mendahului.
Zentrum yang diketuai Abu Hassan Hasbullah, dari Universiti Malaya mengumpulkan data secara harian kerana ia merasakan perubahan tertentu boleh mempengaruhi sentimen pengundi.
Menurutnya sokongan kecil memihak kepada Pakatan atas alasan komunikasi dan peranan media baru, di samping kain rentang, poster dan ceramah. Sebanyak 61 peratus pengundi Melayu memilih BN dengan sokongan kaum India adalah sebanyak 54 peratus.
Namun sokongan kaum Cina kepada PKR berada pada tahap yang tinggi, iaitu 78 peratus. Golongan lelaki pula dilihat sebagai penyokong kuatan Pakatan dengan 58 peratus manakala wanita (69 peratus) menyokong BN.
Apa yang lebih menarik ialah kajian menunjukkan 37 peratus wanita Melayu belum membuat keputusan sejak semalam berbanding wanita India dan Cina yang kebanyakkan mereka telah membuat keputusan.
Turut mencuri tumpuan ialah kajian mendapati 57 peratus golongan muda iaitu responden yang berusia antara 21 hingga 30 tahun menyokong pembangkang manakala 58 peratus daripada golongan mereka yang berumur 31 hingga 40 juga menyokong calon PKR.
Manakala golongan tua dan warga emas seperti mereka berumur yang 40 hingga 59 serta golongan berumur 60 ke atas adalah penyokong kuat BN.
0 comments