Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - - MIC CABAR KEPIMPINAN BN

Alamak.. MIC sudah ada berani mencabar kepimpinan BN berhubung calon MIC di PRK Hulu Selangor, jika kehendak mereka tidak dituruti.

Sebahagian ketua cawangan MIC Hulu Selangor memberi kata dua kepada kepimpinan BN agar mencalonkan timbalan presiden parti itu, Datuk G Palanivel, kerana ia disifatkan maruah MIC.

Jika gagal menuruti kehendak berkenaan, mereka akan membubar cawangan masing-masing, kata mereka.

BN dijangka mengumumkan calonnya pada jam 4 petang esok bagi PRK pada 25 April ini. TPM TS Muhyiddin Yassin kerap kali mengumumkan bahawa calon BN bagi PRK itu adalah anak tempatan.

Sumber-sumber juga memberitahu bahawa Timbalan Ketua Pemuda Mic V Mugilan disebut-sebut sebagai calon.

Hampir separuh ketua cawangan daripada 72 ketua cawangan MIC hadir di ibu pejabat MIC bahagian Hulu Selangor di Kuala Kubu Baru untuk menyatakan sokongan kepada Palanivel.

Ketua penerangan MIC Hulu Selangor, Raily Muniandy mengugut bahawa semua cawangan MIC di kawasan pilihan raya itu akan ditutup, jika Palanivel, yang berasal dari Pulau Pinang tidak dicalonkan.
Tags:

0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers