MCA mengutuk kewujudan 'pertubuhan seperti Perkasa” sebagai faktor pembantu kegagalan Barisan Nasional menawan sokongan pengundi China, terutama di PRK Hulu Selangor.
Presidennya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengutuk kenyataan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang mengesa kerajaan agar menangguhkan janji-janji pembangunan kepada komuniti Cina.
Ibrahim telah menyifatkan komuniti Cina sebagai tidak tahu berterima kasih ekoran BN hanya memperolehi 30 peratus undi Cina pada prk Hulu Selangor, Ahad lepas. Pada prk itu, P. Kamalanathan memperolehi majoriti 1,725 undi untuk menewaskan calon PKR Datuk Zaid Ibrahim.
Ibrahim juga menggesa kerajaan mengenepikan tuntutan MCA dan Gerakan sebagai hukuman kerana gagal memperolehi undi kaum Cina.
0 comments