Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - politik nasional - TINDAKAN WAKIL RAKYAT PKR KELUAR PARTI BUKAN BERERTI UMNO/BN KUAT

Tun Abdullah Ahmad Badawi tidak melihat bahawa Umno/BN kini telah menjadi kuat berikutan tindakan beberapa Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) keluar parti itu.

“BN jangan menganggap bahawa dengan apa yang berlaku pada pembangkang, BN akan automatik menjadi kuat. Setakat nak harap jadi kuat dan menang hanya kerana pembangkang sedang menghadapi masalah saya ingat harapan itu akan meleset,” kata mantan Perdana Menteri.

Tun Abddulah mendesak BN agar melaksanakan janji pilihanraya dan juga reformasi dalaman yang dilaung-laungkan sehingga menyebabkan beliau terpaksa meletakan jawatan sebagai Pengerusi BN dan Presiden Umno sebelum ini.

Beliau adalah korban pertama dalam reformasi yang dicanangkan Umno-BN selepas kekalahan teruk BN pada PRU 2008.

Ketika BN menang besar pada PRU 2004, Tun Abdullah disanjung, namun apabila mengalami kekalahan teruk dalam sejarah BN pada 2008, ada kalangan pemimpin yang mendesak beliau berundur.

Tun Abdullah masih melihat Pakatan Rakyat tidak tergugat kerana yang keluar parti itu hanyalah Ahli Parlimen yang tentunya tidak akan bertanding lagi pada pilihanraya akan datang.

Kedudukan Pakatan dan BN pada pilihanraya akan datang adalah bergantung pada undi rakyat dan kedua-dua pihak dilihat masih mempunyai pengaruh yang seimbang.

0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers