Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - political concern - CSL PRESIDEN BARU MCA

Datuk Seri Chua Soi Lek berkata keputusan hari ini merupakan permulaan untuk menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan oleh perwakilan.

"(Kita) akan bergerak ke hadapan secara inklusif dan kolektif. Tugas kita baru bermula pada hari ini," katanya pada sidang media selepas diumumkan memenangi jawatan Presiden MCA.

NONETambahnya, anggota parti perlu menghargai presiden terdahulu - Datuk Seri Ong Tee Keat dan Tan Sri Ong Ka Ting.

Ketua pemuda parti itu Datuk Wee Ka Siong berkata keputusan itu merupakan keputusan perwakilan dan perlu dihormati.

Ditanya mengenai perbalahan antara puak dalam parti itu, beliau berkata keputusan perwakilan hari ini adalah untuk menghalang puak tertentu mendominasi jawatankuasa pusat.

“Sebelum pemilihan tentulah kempen boleh jadi agresif. Mesej yang paling signifikan yang dihantar oleh perwakilan ialah mereka tidak mahu melihat mana-mana kumpulan untuk mendominasi jawatankuasa pusat.
“Suka atau tidak, kita (sekarang) terpaksa bekerjasama. Inilah mandat yang diberikan oleh perwakilan dan kita perlu bekerjasama untuk kebaikan parti," tambahnya.

Keputusan pemilihan MCA hari ini memperlihatkan mereka yang menang, merupakan campuran penyokong kepada Chua, Ka Ting dan Tee Keat.

Datuk Seri Liow Tiong Lai yang menang jawatan timbalan presiden, merupakan regu kepada Ka Ting, manakala bagi naib presiden pula, Dr Ng dikaitkan dengan Chua, Chor (Ka Ting), Gan (Tee Keat) manakala Donald Lim dilihat tidak memihak.
Manakala pemenang kerusi jawatankuasa pusat juga merupakan campuran penyokong yang terdiri daripada sebelas penyokong Chua, Ka Ting (9) dan Tee Keat (5).
Bagaimanapun Ketua Wanita, Datin Paduka Chew Mei Fun tidak kelihatan. Chew sebelum ini berikrar untuk meletak jawatannya dalam parti jika Chua menang dipilih sebagai presiden.

Ditemui selepas keputusan diumumkan, Chew berkata, beliau akan membuat satu pengumuman pada 2 April ini selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pusat pergerakan Wanita MCA.


0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers