Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - isu Dun Perak - BUKTI BAHAWA HARUSSANI BERMAIN POLITIK

SETELAH hampir genap dua tahun selepas pru12, kini Mufti Umno Perak Tan Sri Harussani Zakaria mulai bersuara dan mengakui bahawa beliaulah orangnya, yang beria-ia menyelamatkan Umno semasa UBN sudah tewas di negeri itu.

Sebelum ini, Harussani tidak bersuara malahan tidak pernah membuat perakuan terbuka bahawa beliau yang berusaha mengabungkan antara Pas dan Umno untuk memerintah di Perak selepas keputusan PRU tidak menyebelahi Umno.

Aduhai Harussani, rupa nyer tuan seorang mufti yang bermain politik.

Harussani berkata bahawa cadangan beliau untuk penubuhan kerajaan perpaduan di negeri itu ditolak oleh PAS walaupun secara dasarnya diperkenankan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Apabila dikemukakan cadangan penubuhan kerajaan campuran antara PAS dan Barisan Nasional (BN), Pesuruhjaya PAS Perak (ketika itu), Ustaz Ahmad Awang menolaknya.

Katanya, malahan beliau menawarkan kepada Ahmad Awang agar wakil rakyat Pas menjadi MB, di bawah kerajaan campuran itu.

“Saya kata jika BN ini zalim, saya tawarkan wakil rakyat PAS menjadi Menteri Besar dan yang lain akan jadi Exco bersama BN. Sultan secara dasarnya berkenan, tetapi dia (Ahmad) berkeras menolaknya. Saya kata al-Quran menyebut jika sayang kepada kafir maka kita adalah kafir, beliau (Ahmad) kata dia menggunakan kaedah fikah dalam perkara itu," kata beliau dipetik Utusan Malaysia hari ini.

Beliau berkata demikian pada program Dialog Za'ba, Perpaduan Melayu: Cabaran dan Realiti di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) semalam.

Harussani berkata, beliau dilantik sebagai orang tengah dalam urusan itu.

Siapa yang lantik ... Umno ? Pas tentu tidak akan melantik beliau.

"Kenapa PAS tidak boleh bergabung untuk membentuk kerajaan yang sudah pasti akan memperoleh majoriti 100 peratus Melayu memerintah," tanya Harussani.

(Bukti (jiwa Umno) betapa seorang mufti yang menafikan terus hak bangsa lain di negara ini untuk mewujudkan majoriti 100 peratus Melayu memerintah)

Saya telah berjumpa Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan yang akhirnya berkata idea itu bagus tetapi tidak dapat memutuskan kerana ia bergantung kepada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Saya minta beliau (Nik Aziz) memaklumkan kepada Hadi. Semasa dalam perjalanan balik, Hadi hubungi saya dan bersetuju dengan cadangan itu.

“Tetapi Hadi kata dia tidak boleh buat keputusan kerana ia bergantung pada negeri iaitu Pesuruhjaya PAS Negeri (Ahmad). Saya juga telah hubungi Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din dan dia juga bersetuju,” katanya.

Bagaimanapun kata Harussani, semasa di Ipoh beliau telah menghubungi Ahmad, tetapi malangnya jawapan yang diterima mendukacitakan.

0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers