Penyokong Pakatan Rakyat dinasihati tidak menimbulkan sebarang provokasi sehingga boleh menimbulkan ketegangan semasa mengikuti keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung kedudukan kesahihan Menteri Besar Perak esok.
Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin berharap semua penyokong menunjukkan sikap beradab dan sopan sepanjang perjalanan mahkamah.
"Jadikan ia satu ibadat jihad peringkat tertinggi agar mendapat berkat dan sentiasa dalam naungan Allah," kata beliau dalam kenyataannya hari ini.
Beliau juga berharap semua penyokong berdoa pada Allah SWT agar lima Hakim Mahkamah Persekutauan esok berani dan berlaku adil serta berlaku benar dalam memutuskan kedudukan MB sah bagi negeri Perak.
Beliau turut mengingatkan mereka yang akan ke Mahkamah Persekutuan Putrajaya esok memandu dengan cermat dan berhati-hati di Lebuh Raya dan sentiasa berdoa dan berzikir munajat di sepanjang perjalanan agar Allah membantu menyelesaikan kemelut perlembagaan negeri Perak.
"Jangan berperangai ganas dan tidak sopan. Sebaliknya tunjukkan sikap beradab dan sopan sepanjang perjalanan serta di perkarangan mahkamah. Jangan mengeluarkan kata kata kesat dan nista serta berunsur provokasi.
"Jadikan ini suatu ibadat jihad peringkat tertinggi agar kita mendapat berkat dan sentiasa dalam naungan Allah SWT. Jangan ada yang provokasi sehingga menimbulkan suasana tegang." kata Haji Mohamad Nizar.

0 comments