Sewajarnya kesemua wakil rakyat yang lompat keluar daripada parti yang diwakilinya semasa bertanding pada pilihan raya mengosongkan kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri masing-masing.
Langkah ini memang wajar kerana kemenangannya adalah atas mandat yang diberikan rakyat pada parti yang diwakilinya bukan atas kapasiti dirinya. Simbol parti yang digunakan pada pilihan raya berkenaan yang memenangkan diri seseorang wakil rakyat itu.
Oleh itu, saranan Menteri Besar Kelantan TG Nik Abdul Aziz Nik Mat memang berasas dan wajar agar DS Zahrain Hashim meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bayan Baru memandangkan Zahrain dah umumkan keluar PKR yang diwakilinya.
Setakat ini, lima (termasuk Zahrain) dah umum keluar parti masing yang diwakili semasa PRU12 lepas termasuk dua katak di DUN Perak iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Mohd Osman Jailu (Changkat Jering), dan Badrul Hisham Abdullah (Pelabuhan Klang) dan Mohd Radzhi Salleh (Lunas). Kesemuanya dari PKR.
Seorang lagi Anggota Parlimen PKR Zulkifli Nordin juga dikhabarkan sedang membuat onar dan eloklah melepaskan jawatannya kalau sudah tidak dengan arus perjuangan parti sendiri.
Selain PKR terdapat seorang ADUN DAP di Perak yang telah juga keluar parti menjadi ahli bebas dengan menyokng BN.
Kalau betul-betul rakyat mahukan mereka sebagai individu, tentu sekali mereka akan menang walaupun sebagai calon bebas. Sebaliknya, sekiranya rakyat pilih wakil parti, maka wakil parti yang akan menang.
0 comments