Pelbagai pihak sedang berusaha menjadi pengerusi Pusat Urus Zakat Pulau Pinang, di samping mengagalkan usaha agar Timbalan Ketua Menteri 1 Mansor Othman memegang jawatan itu.
Walaupun secara tradisinya, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) menjadi pengerusi PUZ, namun ia bukan menjadi kesalahan untuk melantik Mansor memegang jawatan berkenaan.
Nampaknya kini, keadaan protokol di Pulau Pinang mulai nampak bercelaru ekoran perlantikan Ellias Zakaria selaku Yang Dipertua MAIPP. Perlantikan Ellias sendiri dilihat agak kontroversi memandangkan Adun Permatang Pasir Haji Salleh Man diangkat menjadi timbalan YDP MAIPP.
Daripada segi protokol keadaan ini tidak bersesuaian, apa tah lagi ahli majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Abdul Malek pula menjadi anggotai ahli Majlis MAIPP.
Ellias berkata perlantikan Pengerusi PUZ kini diperingkat perbincangan dengan beberapa pihak. Perlu bincang dengan siapa ? Yang menghairankan apakah perlantikan pengerusi PUZ mesti mendapat mandat Ellias.
Apakah Ellias yang akan melantik seorang TKM untuk menjadi Pengerusi PUZ atau Ellias sendiri yang terus memegang jawatan itu.
Semua ini adalah kerja-kerja Umno sepertimana dilaporkan media bahawa Badan Perhubungan Umno negeri membantah cadangan melantik Mansor kerana dikatakan bertentangan dengan amalan urus tadbir.
PUZ memerlukan seseorang yang berkaliber tinggi untuk membolehkan ia digerak dan dipacu bagi kepentingan umat Islam Pulau Pinang. Itulah satu-satu sumber yang ada bagi membantu rakyat Islam Pulau Pinang
PUZ yang ditubuhkan pada 1994 merupakan organisasi di bawah MAIPP dan dianggar memungut kutipan zakat sekitar RM50 juta setahun.
0 comments