Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - isu DSAI - DUNIA RUMUSKAN ANWAR DIFITNAH

Rumusan awal oleh dunia antarabangsa terhadap perbicaraan dakwaan kes liwat DS Anwar Ibrahim ialah mantan timbalan perdana menteri itu sekali lagi menjadi mangsa fitnah dan konspirasi peringkat tertinggi.

Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Australia melaporkan kepada Parlimen Australia , bahawa pihak tertentu dalam Umno sekali lagi didapati memperalatkan sistem perundangan Malaysia untuk membunuh karier politik Anwar.

Parlimen Australia dimaklumkan bahawa pengamal demokrasi di sekitar rantau ini terkejut dengan apa yang sedang berlaku di Kuala Lumpur.

Pengerusi JK itu Michael Danby berkata untuk kali kedua, pihak-pihak tertentu dalam kerajaan merekacipta bukti termasuk memalsukan dokumen manakala saksi dipaksa untuk memberi keterangan bagi mensabitkan Anwar.

Beliau berkata perbicaraan konspirasi kedua adalah mirip perbicaraan pertama yang dilalui oleh Anwar pada tahun 1999 dan kedua-dua siri perbicaraan berkenaan mencemar usaha Malaysia mencanang diri sebagai pendokong prinsip demokrasi.

Danby berkata pertuduhan fitnah liwat terhadap Anwar diulang kerana beliau satu-satunya ahli politik berbangsa Melayu dalam pembangkang yang berupaya menggugat kedudukan Umno.

Dalam pada itu akhbar The Australian berpendapat perkembangan yang sedang berlaku di Malaysia kini hanya menyerlahkan hakikat bahawa Umno perlu berundur setelah memegang kuasa lebih lima dekad.

Di bawah Umno, Malaysia sudahpun jauh ketinggalan berbanding negara-negara yang dahulunya lebih mundur daripadanya, menurut The Australian dengan merujuk kepada Indonesia sebagai contoh.

Sebagai perbandingan, pertumbuhan ekonomi Indonesia mengatasi Malaysia tiga tahun berturut-turut, termasuk tahun ini. Ketika ekonomi Malaysia menguncup negatif 2.8 peratus tahun lepas, Indonesia mencatatkan pertumbuhan ekonomi 4.5 peratus.

Tags: isu DSAI

0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers