Tok Mat atau Tan Sri Mohamed Rahmat meninggal dunia di kediamannya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pagi ini. Beliau yang akan menyambut ulang tahun kelahiran ke-72, Isnin depan, dilaporkan meninggal dunia sewaktu tidur.
Selepas lama bersara daripada kerajaan dan parti, bekas Menteri Penerangan dan juga Setiausaha Agung Umno itu baru-baru ini menerbitkan sebuah buku Umno: Akhir Sebuah Impian yang mengisahkan pergolakan politik parti itu dalam mengekalkan kuasa.
Anak sulungnya, Datuk Nur Jazlan, ahli Parlimen Kulai berkata bapanya disedari meninggal dunia pada kira-kira 8 pagi ini ketika ibunya Salbiah Abdul Hamid mengejutnya bangun daripada tidur.
Allahyarham menghidap penyakit buah pinggang sejak 10 tahun lepas dan perlu menjalani rawatan dialisis setiap hari. Veteran Umno itu menjadi menteri penerangan dua kali iaitu dari 1978 hingga 1982 semasa kepimpinan Tun Hussein Onn dan 1987 hingga 1999 ketika Tun Dr Mahathir Mohamad.
Allahyarham juga pernah menjadi Duta Besar Malaysia ke Indonesia bertaraf menteri dari 1982 hingga 1984.

0 comments