Kemelut politik Kelantan kini semakin kritikal dan akan meletup jika tidak dapat ditangani dengan maha bijaksana. Ia semakin genting dan rapuh. Maka akan bersorak sorai lah selepas ini juak-juak yang sudah lama menunggu buah nan ranum jatuh pecah berderai-derai.
Bertepuk tanganlah semua dan akan punahlah PAS dan semasa itu barulah PAS sedar bahawa semuanya sudah terlewat. Rupanya kemenangan PRU12 yang maha hebat oleh PAS akan membuahkan duka kerana kadok sudah mula naik junjung.
PAS Kelantan nampak kurang bijaksana menangani perkara yang maha tidak betul dalam pengurusannya. Perlantikan Arifahmi Abdul Rahman sebagai CEO PMBK tiada salahnya tetapi kerana dia menantu kepada MB TG Nik Abdul Aziz Nik Mat maka amatlah tidak manis. Hakikat ini mesti diterima semua.
Mana mungkin seorang Menteri Besar yang mentadbir kerajaan negeri yang juga seorang mertua, berkenan melantik menantunya mengetuai sebuah perbadanan Menteri Besar. Daripada segi etikanya salah..salah dan salah.
Ingatkan sudah selesai masalah itu, rupanya ia melarat kerana ada pula anggota keluarga yang berusaha mempertahankan maruah.. menegakkan benang yang basah. Mana mungkin seorang anak perempuan iaitu seorang isteri kepada CEO berkenaan yang diminta mengosongkan jawatannya itu secara sembrono pula menghentam pimpinan pimpinan parti PAS yang berada di bawah seorang Menteri Besar yahg merupakan ayahandanya.
Rumit jadinya. Ke manakah semua pimpinan Pas yang maha hebat berceramah ke hulu hilir tetapi gagal memberi nasihat sewajarnya agar perkara seumpama ini tidak berlaku. Akhirnya rentetannya itu menjangkiti penyingkiran pegawai kanan MB TGNA sendiri ... apakah mungkin kerana menuruti kehendak keluarga maka mereka disingkirkan.
Sikap pengaruh keluarga mencampuri urusan pentadbiran negeri adalah satu tragedi politik yang maha negatif. Lantaran mungkin sudah tidak mampu berdiam diri lagi, maka akhirnya Datuk Husam Musa mulai bersuara yang juga memungkinkan beliau sendiri terkambus dengan sendirinya.
Memang seseorang perlu membuat teguran dan malanglah bagi Husam kerana terpaksa memulakkannya. Husam melalui blognya mulai bersuara kerana telah sekian lama dihumban dengan pelbagai perkara negatif.
Kata Husam:
Asal pemain-pemain agenda perubahan tidak pula terperangkap dengan isu dalaman yang tidak mustahak. Kemucut-kemucut sekalipun, jika tidak diurus, boleh menghilangkan fokus dan menjadi kulit pisang yang licin dan membahayakan.
Konsep berkerajaan yang baik ialah pengasingan antara familly matters and state matters. Bukan sahaja legally, tetapi juga morally.
PAS - satu masa dulu pernah digelar Parti Asri Sekeluarga - kerana pemegang beberapa jawatan tinggi ada kaitan keluarga dengan Presiden PAS waktu itu, Datuk Asri. Serangan sedemikian ketika PAS berdepan dengan krisis politik pada waktu itu, merugikan PAS dan menjadi modal lawan yang berkesan sekali.
PIKIR LA SENDIRI
-
0 comments