Dua enjin jet pejuang buatan Amerika Syarikat F-5E bernilai AS$29 juta yang hilang dari pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), dikesan berada di Argentina.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata pegawainya sedang menyemak dengan rakan setugas di Buenos Aires untuk memastikan enjin yang hilang itu masih berada di negara berkenaan.
“Enjin yang dicuri itu dibawa ke Argentina. Kami perlu periksa sama ada enjin itu masih berada di negara berkenaan," katanya kepada AFP hari ini.
Laporan menyatakan enjin berkenaan dijual di pasaran gelap oleh pegawai tentera kepada syarikat berpangkalan di Afrika Selatan selepas diambil dari pangkalan TUDM tahun lalu.
Selain enjin, bahagian lain pesawat pejuang itu juga dilaporkan dicuri. - AFP
0 comments