Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - politics sketsa - NIZAR IKON MASA DEPAN NEGARA

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berpotensi memimpin Pakatan Rakyat pada masa depan berdasarkan peranannya menjadi penyatu dan mampu mendekati pelbagai kaum di Perak.

Begitulah petikan pendapat Pensyarah jurusan Politik Universiti Malaya, Amer Saifude Ghazali yang dipetik dalam Harakah. Pandangan berkenaan sesungguhnya tidak jauh bedanya dengan artikel Perakite (sebulan lepas) yang meminta PAS atau Pakatan Rakyat tidak membiarkan Nizar bersendirian tetapi terus mengilap bintangnya demi masa depan Pakatan Rakyat.

Sebelum diangkat menjadi MB Perak, Nizar memang tidak dikenali umum, termasuk di kalangan penyokong PAS sendiri. Pernah bertanding bagi kerusi dewan undangan negeri sebelum PRU2008, tetapi tewas. Beliau adalah seorang yang humble dan bersahaja sebelum, semasa dan selepas diangkat menjadi MB.

Setelah direntap kerusi MB yang disandangnya selama 11 bulan, perjuangan tetap diteruskan dan pada beberapa peluang bersamanya, saya bertanya apakah perasaannya. Jawabnya ringkas: "tiada apapun... kecuali tidak dapat meneruskan kerja buat yang dirancangkan".

Nizar sesungguhnya manusia yang melihat dan bertindak ke atas sesuatu atas hakikat dan roh Islam. Landasannya mesti benar dan tanpa niat buruk pada sesiapa jua.

Nizar kini mengisi waktunya melawat kawasan Dun Negeri dan Parlimen Bukit Gantang. Menyampaikan ceramah dan tazkirah. Alangkah ruginya manusia Islam Perak membiarkan seorang pemimpin yang telus dan tulus ini yang dianugerahi Allah.

Sesungguhnya amat jauh bedanya antara DS Dr Zambry Abdul Kadir dan Nizar daripada segi sahsiah diri dan semangat keislamanannya. Zambry tidak akan mampu meniru atau mengikuti apa yang dilaksanakan Nizar.

Bicara Nizar penuh keyakinan.. Keihlasan Nizar jelas terpancar kerana meskipun tidak lagi berada di persada negeri, beliau meneruskan kerja-kerja seperti biasa meskipun menghadapi pelbagai kekangan.

Alangkah ruginya kalau karisma Nizar ini terbiar begitu sahaja. Tidak diketengahkan atau dimajukan lagi. Nizar mungkin akan tenggelam dalam arus masa jika dibiarkan sendirian. Pakatan Rakyat wajar memberi ruang lebih meluas pada Nizar, kerana beliau adalah ikon Pakatan Rakyat.

Kesempatan harus diberikan pada Nizar. Pernah saya bertanya mengapa tidak bertanding Naib Presiden PAS (semasa muktamar lepas)? Sambil tersenyum Nizar menjawab, nanti orang kata keterlaluan.

Kemenangan dengan undi tertinggi kerusi Ahli Jawatankuasa Pas Pusat mengambarkan segalanya. Beliau ikon terbaru PAS dan Pakatan Rakyat. Semuga Nizar dapat melonjakkan terus namanya dalam persada politik tanah air.

0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers