Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan, terdiri Datuk Sulong Matjeraie, Datuk Kang Hwee Geedan Datuk Abdul Aziz Rahim memutuskan wujud keadaan khas untuk menangguhkan sementara keputusan mengadakan pilihan raya kecil kepada suruhanjaya itu.
"Kebenaran penghakiman yang diputuskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi perlu diuji di mahkamah lebih tinggi," kata Hakim Sulong selepas hampir dua jam panel tiga hakim itu mendengar permohonan yang difailkan oleh suruhanjaya itu pada Selasa.
Dalam penghakiman yang dibacakan pada pukul 7.24 malam, Hakim Sulong berkata mereka bersetuju sebulat suara bahawa tidak ada pihak akan mengalami akibat dan prasangka jika perintah penangguhan itu dibenarkan.
Beliau berkata keputusan tersebut dibuat bagi mengelakkan pilihan raya kecil yang tidak sepatutnya berlaku dan pembaziran dana awam.
Terdahulu, Datuk Abu Hassan Sarif memfailkan permohonan menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 16 November yang memutuskan beliau bukan lagi Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh dan kerusi berkenaan kosong serta satu pilihan raya kecil perlu diadakan.
0 comments