Persidangan DUN 28 Okt tersangat kotor kerana campurtangan luar sehingga menafikan hak ahli-ahli DUN Pakatan Rakyat. Namun begitulah yang dimahukan Amno/Bee End dalam usaha provokasi dan keterdesakannya meluluskan bajet 2010.
Campur tangan luar begitu jelas berlaku. Pertama kawalan dan campur tangan polis tersangat ketara (malahan melampau) sama ada di luar mahupun di dalam dewan berkenaan. Ia secara langsung mencemari imej satu institusi legislatif yang bebas dan merdeka dalam negara.
Bajet itu tidakpun habis dibaca atau dibentangkan oleh Datuk Dr Zambry Abdul Kadir. Ia dibaca separuh jalan dan terus diusul untuk diluluskan dan tiap kali usul dibaca ia terus disokong untuk diluluskan.
Tiada siapapun yang membahaskan bajet itu. Tiada siapapun yang memberi perhatian pada apa yang dibajetkan. Pada kebiasaannya sekurang-kurangnya satu jam untuk membentangkan bajet. Itu tidak termasuk waktu usul dan bahas, yang biasanya memakan masa sehari dua.
Namun Zambry hanya mengambil masa kurang setengah jam untuk membentangkannya, mengusul dan mendapat kelulusan DUN.
Speaker V. Sivakumar dikasari dan direntap jubahnya. Manakala dalam dewan pula, puluhan anggota polis, selain kira-kira 20 orang mengawal hadapan Speaker BN Ganesan. Kelihatan satu kamera litar pintas merakamkan setiap detik kejadian dalam dewan itu.
0 comments