Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - politik nasional - sidang dun pr diteruskan esok



Sidang DUN Pakatan Rakyat Perak akan diteruskan esok biarpun Mahkamah Tinggi ipoh hari ini menolak permohonan injunksinya, kata speaker PR Perak, V.Sivakumar.

Pada kes yang didengar dalam kamar Mahkamah Tinggi 3 siang tadi, Pesuruhjaya Kehakiman, Tuan Tarmizi Abdul Rahman menolak permohonan V.Sivakumar (Plaintif)untuk menghalang Setiausaha Kerajaan Negeri, Abdul Rahman Hashim (Defendan) daripada menghalangnya menggunakan Dewan Undangan Negeri di bangunan SUK untuk persidangan DUN esok.

Mahkamah juga menetapkan tarikh 1 Oktober depan untuk kes tersebut didengar semula.

"Keputusan mahkamah itu bukan alasan untuk beliau dan kesemua ADUN untuk tidak bersidang esok. Ia bukan alasan untuk menghalang ADUN berkerja. Halang ADUN buat kerja adalah salah disisi undang-undang." katanya.

Ditanya sama ada beliau tetap akan memasuki Dewan Dun esok, Sivakumar berkata ia sudah tentu, kerana itu adalah matlamat asalnya sehingga terpaksa memohon injunksi.

"Saya memang nak bersidang di dalam Dewan negeri Perak. Itu memang motif kita dari awal," katanya lagi.

Sivakumar dalam permohonannya sebelum ini memohon injunksi mahkamah bagi menghalang Abdul Rahman dan/atau agen-agen dan/atau pekerjanya daripada bertindak menghalang beliau dari menggunakan Dewan Negeri untuk tarikh 2 September 2009 iaitu esok untuk diadakan persidangan. Turut dipohon supaya defenden tidak menghalang menggunakan pejabat dan menjalankan tugas beliau sebagai Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri Perak.

Selain itu beliau juga memohon injunksi untuk mencegah sebarang penyalahgunaan, campur tangan dan pencerobohan daripada pihak defendan dan/atau agen-agen dan/atau pekerjanya.

0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers