Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - politik N9 - PILIHANRAYA KECIL LAGI: UJIAN MAHA BESAR PADA UMNO

Belumpun sampai sebulan pilihan raya kecil N11 Permatang Pasir berlangsung, kini nampaknya deman PRK akan berlaku lagi ekoran kematian ADUN UMNO/BN bagi Bagan Pinang, Negri Sembilan, Azman Mohd Noor.

Azman, 55, meninggal dunia
kerana serangan sakit jantung pada jam 2.30 petang tadi di Pusat Pakar Seremban.

Ujian PRK kali ini tentunya lebih adil sifatnya kepada Umno untuk menguji pengaruh dan kekuatannnya kerana ia berlaku di kubu kuat Umno, sedangkan pada prk permatang pasir dan manek urai dikatakan kawasan kubu PAS atau Pakatan Rakyat.

Pada PRU12 lepas, Azman, mendapat 6,430 undi, menewaskan calon PAS, Ramli Ismail yang memperoleh 4,097 undi. DUN Bagan Pinang mempunyai 14,192 pengundi dengan 66 peratus Melayu, Cina (10.5%), India (19.9%) dan lain-lain (3.5%).

Mengikut peraturan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), pilihanraya mesti diadakan dalam tempoh 60 hari. Ini merupakan pilihanraya kecil kelapan sejak PRU2008.

Bagan Pinang merupakan kawasan DUN dalam Parlimen Telok Kemang. Empat lagi DUN dalam parlimen itu ialah Chuah, Lukut, Linggi dan Port Dickson. Parlimen Telok Kemang dimenangi calon PKR, Datuk Kamarul Baharin Abbas.

Manakala DUN Chuah pula dimenangi oleh PKR, Lukut (DAP), Linggi (BN) dan Port Dickson (PKR).


Tags: politik N9

0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers