Dato’ Seri Najib Tun Razak merupakan pimpinan Umno terakhir yang akan menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Najib adalah pelengkap terakhir bagi teori RAHMAN yang popular di kalangan ahli Umno, yang imana huruf ’N’ pada awalan nama Najib merupakan abjad terakhir dalam teori tersebut, kata exco Kerajaan Negeri Kelantan, Dato’ Nik Mohd Amar Abdullah
”Teori RAHMAN (yang) disebut-sebut orang adalah Rahman, Abdul Razak, Hussein, Mahathir, Abdullah dan terakhir sekali Najib,
”Najib itu (N) yang abjab terakhir perkataan RAHMAN. Abjad terdahulu mewakili Rahman, Abdul Razak, Hussein, Mahathir dan Abdulah. Lepas huruf N, maka tak ada lagi dah (Perdana Menteri dari UMNO)."
Perkara tersebut juga bertepatan dengan situasi semasa politik negara kerana rakyat sudah menolak UMNO, kata beliau.
Oleh itu, katanya, apabila UMNO kalah pada pilihanraya akan datang, orang Melayu akan beralih sokongan dan tokoh politik dari PAS akan menjadi Perdana Menteri.
Beliau menolak dakwaan pemimpin UMNO bahawa politik orang Melayu akan terjejas apabila Umno kalah, kerana PAS akan menjadi pengganti.
-
0 comments