PULAU PINANG: Pada PRK Permatang Pasir yang berakhir dengan kekalahan teruk Umno seminggu lepas ... pelbagai poster dan billboard dengah gahnya dipasang untuk memaparkan kehebatan bahawa Umno telah wujud dan memerintah Malaysia lebih 53 tahun.
Elok je tamat prk Permatang Pasir, semalam diumumkan pula bahawa parti LDJ di Jepun yang dah perintah Jepun selama 54 tahun kalah kepada pembangkang DPJ. Panas badan ler Umno memikirkannya. Rasanya tak berani lagi deme nak tonjolkan dah perintah Malaysia lama.
Strategi Umno mudah iaitu konon nak gambarkan bahawa Umno telah lama memerintah dan berkuasa di dalam negara, maka bererti segala pembangunan, kemajuan dan kepakaran adalah hasil usaha Umno. Pada hal itu tanggungjawab parti memerintah.
Gambar-gambar pembangunan di serata Pulau Pinang dipaparkan dalam usaha memikat dan memenangi hati pengundi Permatang Pasir. Semuanya jelas tergambar, malahan markas-markas kempen atau markas jentera pilihan raya Umno juga sehebat janji yang ditaburkan.
Dikhabarkan tempat sewaan tapak markas Umno di tepi bendang berhampiran pekan Permatang Pauh itu sahaja mencecah RM30,000. Belum lagi kemudahan pendingin udara dan khemah dan alatan lain. Rakyat nampak.. . dah lama dah.
Hotel-hotel juga boleh dikatakan dikuasai atau ditempah sepenuhnya oleh Umno dan rakan-rakan komponennya. Kalangan penyokong Pakatan Rakyat hanya sekadar menginap di Masjid dan rumah sahabat dan saudara mara.
Umno semakin tenggelam punca dan mencari hala tuju yang tidak akan ditemui. Pemimpinnya dengan pelbagai slogan retorik yang ternyata gagal mengubah persepsi pengundi.
Slogan Umno telah lama memerintah nampaknnya akan memakan diri. Kekalahan LDJ yang telah memerintah selama 53 tahun, tentunya mengecut perutkan Umno. Apa tidaknya media arus perdana termasuk RTM dan TV3 tak berapa minat nak siarkan berita ini, cuma sekadar memaklumkan sepintas lalu sahaja kekalahan LDJ.
-
0 comments