Sebanyak 40,000 daripada 400,000 dos vaksin flu babi dijangka tiba akhir bulan depan, manakala bakinya awal Januari tahun depan, kata Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Vaksin bernilai RM14 juta itu diperolehi dari GlaxoSmithKline (GSK) di United Kingdom.
Kementerian Kesihatan juga dalam proses menempah vaksin peringkat kedua dan sedang meneliti beberapa inisiatif dan pengeluar lain bagi mendapatkan harga dan kualiti terbaik.
Liow berkata walaupun vaksin itu tidak melalui ujian klinikal yang ketat seperti lazimnya diamalkan di negara ini, namun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memberi 'lampu hijau' kepada vaksin berkenaan.
"Kami serahkan kepada individu untuk mengambil vaksin itu atau sebaliknya. Bagi kementerian, kami menganggapkannya selamat," kata beliau.
Selaras dengan amaran WHO mengenai kemungkinan gelombang kedua H1N1, Liow berkata Kabinet juga telah meluluskan RM158 juta untuk menambah katil dan kelengkapan di Unit Rawatan Rapi bagi menghadapi kemungkinan itu.
0 comments