PUTRAJAYA: Pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir akan diadakan tiga hari berpuasa Ramadan, manakala penamaan calon lima hari sebelum berpuasa.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan 17 Ogos sebagai hari penamaan calon dan 25 Ogos hari pengundian, jika ada pertandingan.
Ini bererti, tiga hari daripada tempoh berkempen PRK itu pada syawal. PRK itu diadakan ekoran kematian Allahyarham Datuk Mohamad Hamdan Abdul Rahman dari PAS pada 31 Julai.
Pada Novermber 2000, PRK DUN Lunas diadakan pada Ramadan, manakala pilihan raya umum negeri Sabah tahun 1994 juga ketika berpuasa. Ramadan 2009 dijangka bermula 22 Ogos ini manakala 1 Syawal diramal 21 September.
Permatang Pasir mempunyai 20,290 orang pemilih berdaftar. Mengikut pecahan pengundi, Melayu (72.36%), Cina (25.86%), India (1.63%) dan Lain-lain (0.16%)