Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - social concern - PENGUBAH LAGU/LIRIK BOLEH MAINKAN PERANAN

SHAH ALAM: Para penggubah dan penulis lirik lagu boleh memainkan peranan penting untuk menjadi pengerak dan penyubur adab bersesuaian dengan kehendak Islam, kata Mursyidil Am PAS TG Dato Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau berkata ahli sufi sejak berzaman telah mengguna senilagu dalam zikir dan perkara ini boleh dijadikan panduan dalam hiburan agar ia tidak melalaikan dan disalahgunakan.

Hiburan seringkali dijadikan alat oleh orang barat untuk kebendaan yang melalaikan dan bermatlamat keuntungan, katanya ketika berucap merasmikan makan malam Untaian Kasih anjuran Lujnah Penerangan Dewan Pemuda Pas Selangor.

Beliau berkata kemusnahan berpunca daripada sikap manusia yang hanya tamak mencari populariti dan mengejar wang tanpa mengira soal halal atau haram.

Hiburan dan lagu ini nikmat Allah sebenarnya, tetapi ia hendaklah disalurkan dengan tujuan positif dan dalam bentuk hiburan alternatif, yang tidak bercanggahan dengan ajaran Islam itu sendiri.

"Nyanyian itu tidak boleh membawa kelalaian kepada Allah, dan dalam hubungan ini, adalah penting penggubah lagu dan lirik hendaklah bertanggungjawab menunaikan.

Beliau berkata, lagu boleh antaranya mengajak pendengar melakukan pengabdian pada Allah, menyesal di atas dosa lalu, menentang kezaliman, menaikkan semangat jihad, mengasihi alam dan menyuburkan minda dengan ilmu pengetahuan.

Nabi Muhammad S.A.W. pernah menyebutkan bahawa hiburan yang disukai Baginda ada tiga perkara iaitu: Pemandangan hijau, wajah manusia yang cantik dan air yang mengalir. Dan kemuncak hiburan bagi Nabi ialah sewaktu berada di dalam bersolat.

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers