KUALA TERENGGANU – Kesemua wakil rakyat UMNO/BN menjadi bisu dan pekak dengan tidak mengambil bahagian pada Persidangan DUN Terengganu pada 25 dan 26 Ogos baru-baru ini. Satui ‘protes senyap’ terhadap Dato' Ahmad Said, Menteri Besarnya.
(Gambar - kerusi ADUN BN kosong semasa bantahan 'memulaukan' sidang DUN April lalu) Satu sumber memaklumkan, krisis ‘dalaman’ UMNO-BN Terengganu semakin parah malah sukar diubati lagi.
Jika persidangan DUN Terengganu pada April 2009 lalu mereka (ADUN BN) mengambil tindakan memboikot tetapi kali ini semuanya membisu. Mereka (Adun BN) tidak mengemukakan sebarang soalan lisan atau bertulis dan tidak mengambil bahagian dalam perbahasannya selama dua hari itu.
Daripada sejumlah 24 orang ADUN itu, hanya wakil Permaisuri, Abd Halim Jusoh mengemukakan soalan pada hari pertama persidangan 25 Ogos 2009.
Ahmad Said sedih dan terkilan dengan sikap itu sambil berkata, beliau tidak mampu berbuat apa-apa kerana tidak berupaya mengawalnya.
Perbincangan telah diadakan bagi menyelesaikan masalah kemelut politik yang berlaku tetapi tidak dinafikan ada Adun-adun yang ‘berkeras’ serta enggan menyokong kepimpinannya sebagai Menteri Besar Terengganu.
“Saya berusaha sedaya upaya menjernihkan kembali keadaan politik negeri ini termasuk melakukan rombakan semula Umno Terengganu. Sebab itu, saya kata ini bukan soal saya tetapi soal mereka (wakil rakyat). Ada tiga atau empat orang yang masih berkeras lagi,” jelasnya.
0 comments