Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - politik nasional - SAMY TAK DITERIMA PENTADBIRAN NAJIB

KUALA LUMPUR: Nampak gayanya, Presiden MIC DS Samy Vellu sedang melalui zaman malapnya kerana semasa sambutan perayaan komuniti India di Datu Caves, Ahad lepas beliau tidak kelihatan bersama-sama PM DS Najib Tun Razak.

Ia seakan-akan tanda-tanda awal hubungan Samy Vellu dan Najib kurang mesra.

Samy Vellu tidak pernah gagal untuk menghadiri perayaan komuniti India di Batu Caves, malahan biasanya akan membuat ucapan pembuka bicara, tetapi kali ini kelibatnya tidak kelihatan langsung.

Ketiadaannya itu menunjukkan kini terdapat jurang perhubungannya dengan Najib.

Sementara itu, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo pula membuka pekung Presiden MIC itu dengan mendakwa bahawa tindakan merobohkan kuil Sri Maha Mariammam di Padang Jaya yang membangkitkan kemarahan dan protest Hindraf adalah atas kehendak Samy Vellu.

"Samy Vellu menelefon saya sekitar 11 malam semasa krisis di kuil itu berlaku dan menyatakan supaya dirobohkan kuil itu agar tidak memberi muka kepada Hindraf ketika itu," kata bekas Menteri Besar Selangor itu.

“Oleh kerana ia kehendak ketua komuniti, maka saya mengarahkan setiausaha kerajaan negeri mengambil tindakan sewajarnya," kata Khir.

Isu berkenaan kini berbangkit ekoran persaingan sengit perebutan jawatan dalam MIC terutama bagi jawatan Timbalan Presiden. Para pemimpin MIC mendakwa Khir adalah punca kuil itu dirobohkan.

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers