Kemenangan PAS ini dilihat ekoran strategi jentera pilihanraya yang bijak menghidu isu negatif calon Umno itu sendiri (yang dipandang ringan) oleh pimpinan Umno sendiri, khususnya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan TPM TS Muhyidin Yassin.
Umno memang tersilap congakkan bahawa isu menyonglap wang Koperasi Pekebun Kecil Getah oleh Rohaizad berjumlah RM161,000 dan kes mengabaikan isteri keduanya tidak akan mempengaruhi pengundi. Sesungguhnya Umno sendiri yang membuka pekung calonnya dan memberi peluru percuma pada Pakatan Rakyat.
Hasilnya kini dilaporkan bahawa Rohaizad menghadapi masalah besar dengan isteri pertamanya, atas sikapnya berbohong kerana tidak memohon izin isterinya itu. Itu hal peribadi Rohaizat. Biar dia selesaikan. Namun secara kasarnya, karier politik Rohaizad telah berkubur bersama PRK Permatang Pasir.
Memang ia bersifat character assassination, namun Umno gagal mencari kelemahan calon PAS kecuali cuba membangkitkan perkara tidak berasas berkenaan Salleh. Langkah mendedahkan kezaliman dan salah laku lampau calon adalah bagi membolehkan pengundi membuat pertimbangan sendiri.
Ini penting kerana calon seharusnya lebih bertanggungjawab dan nanti memegang amanah rakyat. Oleh itu yang bersih, amanah dan terbaik merupakan kriteria utama di kawasan bermajoriti Melayu Islam.
Kemenangan itu juga membuktikan angin perubahan positif kepada Umno/BN yang didakwa oleh Muhyiddin Yassin sesungguhnya tahyul semata-mata. Tiada apa perubahan di Permatang Pasir, peratusan jumlah pengundi juga tidak berbeza, malahan jika jumlah pengundi lebih ramai, ia dijangka akan menambahkan lahi peratusan majoriti PAS.
PAS tidak memaki hamun sesiapa kecuali memaklumkan apa yang dilakukan Rohaizat.
0 comments