KOTA BHARU (26 Mei): Hanya beberapa jam lagi program debat antara tokoh Umno dan PAS yang digembar-gemburkan sejak beberapa hari lepas akan diadakan, tetapi tiba-tiba Naib Presiden Umno, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamid menarik diri.
Program antara Zahid dan Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa pada program Hujah yang dikendalikan Prof Madya Dr Mohamad Agus Yusof di TV9 dijadualkan jam 9.30 malam ini berkisarkan “politik wang”.
Husam berkata, pengurusan TV9 telah memaklumkan mengenai keputusan Zahid membatalkan penyertaannya pada saat-saat akhir kerana sebab-sebab tertentu.
“Saya berharap Zahid dapat menimbangkan keputusan tersebut supaya dapat sama-sama mengupas mengenai isu itu,” ujarnya. END