TPM TS Muhyiddin Yassin berkata, beliau terkejut dengan "trend" ini.
Ia jelas merujuk Adun Pakatan Rakyat, pada persidangan Dun itu, yang menyebabkan Raja Muda Perak menunggu lebih enam jam untuk bertitah merasmikan persidangan itu. Begitulah, hanya PR dipersalahkan, sedangkan UMNO/BN membelakangi peraturan dan pelembagaan negeri tidak diambil peduli.
Katanya, Sultan atau Raja Muda menunggu sehingga enam jam (untuk merasmikan persidangan), yang mana ia tidak berpernah berlaku dalam sejarah negara.
Muhyiddin bagaimanapun menolak dakwaan bahawa kecelaruan dan kekasaran itu bukan hanya disebabkan PR sahaja. Beliau ditanya mengenai drama kekasaran penyingkiran speaker V. Sivakumar oleh Polis preman, pengundian pemilihan Datuk R. Ganesan sebagai speaker baru yang meragukan dan kelewatan enam jam titah ucapan Raja Muda Perak.
Beliau membidas PR kerana tindakan-tindakan yang mencabar prinsip asas demokrasi tanpa menghormati perlembagaan dan institisi diraja. Rakyat tentu dapat menilai sikap sebenar pembangkang dalam kes ini.Ketika ditanya mengenai penggunaan kekerasaan untuk menyingkir Sivakumar walaupun ketika itu dia (Sivakumar) masih lagi speaker, Muhyiddin sekadar menjawab, masa itu dia tiada dalam dewan itu.
"Saya tiada di situ. Tentu ada sebab mengapa berlaku demikian," katanya yang enggan menjawab soalan berhubung perkara itu melalui media.
ps: benor yob, Muhyidin cakap benar.. dia memang takda dalam dewan masa kejadian.