PENANTI: Calon Parti KeAdilan Rakyat (PKR) Dr Mansor Othman akan menghadapi tentangan tiga penjuru pada prk N12 Dun Penanti, 31 Mei ini.
Menurut daftar pemilihan 2008, yang dikemaskinikan pada 16 April, terdapat 15,384 pengundi daftar di Dun itu dengan 24 undi pos.
Ia meliputi 72.68 peratus Melayu, 24.22 peratus cina, 2.39 peratus India dan 0.71 peratus pelbagai bangsa lain.
Seorang calon yang mengemukakan kertas pencalonan di pusat penamaan calon di IKBN di sini ditolak selepas waktu bantahan ditutup.
BN menjadi ayam betina pada PRK ini dengan tidak meletakkan calon.
Mansor akan menghadapi Aminah Abdullah, Nai Khan Ari and Kamarul Ramizu Idris. Demikian diumumkan pegawai penguru pilihanraya itu,Roslan Yahaya.
Calon bebas Mohd Saberi Osman ditolak kertas pencalonannya selepas tempoh bantahan ditutup jam 11 pagi. Enam bantahan dikemukakan.
Antara pimpinan PR yang kelihatan mengiringi Mansor ialah DSAI, MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan pimpinan DAP Lim Kit Siang.Menurut daftar pemilihan 2008, yang dikemaskinikan pada 16 April, terdapat 15,384 pengundi daftar di Dun itu dengan 24 undi pos.
Ia meliputi 72.68 peratus Melayu, 24.22 peratus cina, 2.39 peratus India dan 0.71 peratus pelbagai bangsa lain.