PENANTI: Isu kemelut politik Perak menjadi bahan utama yang menarik minat rakyat di Prk N12 Dun Penanti.. dan jelaslah Dato Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin menjadi fokus dan ikon utama yang dinanti-nantikan.
Pada hari penamaan calon semalam, Nizar mencuri perhatian ramai. Selepas dikerumuni wartawan, orang ramai mula tertanya-tanya apakah yang dicakapkan Nizar.
Sifat dan naluri ingin tahu apakah penyudah episod kesahihan Menteri Besar Perak menjadi fokus utama. Mereka mempertikaikan keputusan Mahkamah Rayuan, mereka membandingkannya dengan keputusan Mahkamah Tinggi dan mereka menanti dan berharap Mahkamah Persekutuan lebih bersikap terbuka dan adil.
Bagi rakyat marhaen, hanya gelengan kepala menandakan kebingungan akan keputusan mahkamah yang berbeza-beza sudah cukup membayangkan bahawa mereka sukar memahami dan tidak boleh menerimanya. END
-