You Are Here:
Home -
politik perak
-
FRU RAMPAS VIDEO SIDANG DUN 7 MEI
FRU RAMPAS VIDEO SIDANG DUN 7 MEI
Posted by abewa on 10:48 AM //
Program Makan Malam DAP di Sitiawan bertemakan 'Bubarkan DUN Perak & Kembalikan Hak Kepada Rakyat pada 9 Mei 2009 tercemar dengan gangguan dan insiden rampasan rakaman video sidang Dun Perak oleh polis FRU.
Program di Sekolah Kebangsaan Nam Wah, Jalan Kampung Koh itu turut dihadiri penceramah YB Ong Boon Piow, YB V.Sivakumar, YB Nga Kor Ming dan YB Ngeh Koo Ham.
FRU telah menceroboh dan merampas alatan tayangan video peristiwa 7 Mei itu sehingga menimbulkan kekecohan dalam dewan itu. Walaupun orang ramai memberi amaran supaya tidak mengganggu, polis tidak mempedulikan. Dato Ngeh Koo Ham telah berunding dengan polis agar tidak mengganggu program dengan menakutkan rakyat, pihak polis terus merampas alat-alat tayangan (VCD). Berpuluh-puluh FRU masuk bagaikan satu rusuhan.
Juruteknik video kamera itu telah ditahan oleh polis.
Mengapakah polis melarang penayangan video peristiwa 7 Mei 2009 itu?
KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM
Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.