TAIPING, 7 April: Perjalanan peroses pengundian kelihatan berjalan lancar di beberapa lokasi tempat pengundian berasaskan lawatan yang dilakukan, walaupun berlaku sedikit ketegangan antara penyokong di beberapa tempat.
Sehingga jam 12 tengah hari ini, Calon Pas Dato Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamalauddin dan rombongan kelihatan melawat beberapa tempat pengundian dan pada tengah hari ini telah melawat sekitar Batu 9, Cangkat Ibol.
Pada awal sekitar jam 10.30 pagi, kenderaan yang dinaiki Nizar telah dihalang oleh penyokong BN. Beberapa penyokong BN dilihat menyerbu dan menendang kenderaan tersebut di Pusat Pengundian SK Ayer Puteh.
Tindakan tersebut telah menyebabkan kemarahan terhadap penyokong Pakatan Rakyat. FRU datang dan menenangkan suasana. Bagaimanapun tindakan polis dapat mengawal keadaan.
Menurut jurucakap SPR setakat tengahari ini, lebih 30 peratus telah keluar mengundi. Keadaan suasana amat meriah.