TAIPING, 8 April: Cuaca pada hari pengundian PR059 PRK Bukit Gantang seakan-akan mengalu-alukan para pengundi untuk keluar mengundi awal beramai-ramai untuk memilih calon pilihan masing-masing yang pastinya Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin… bukan Ismail Saffian (Umno) atau Ramizu (bebas).

Siapapun terpulang pada kepercayaan dan selera pengundi masing-masing. Yang tegar Pas akan mengundi Nizar, manakala yang mahukan perubahan.. juga akan mengundi Nizar.. yang mempercayai dan fanatik Islam juga akan mengundi Nizar, yang menolak Umno juga mengundi Nizar, yang atas pagar juga sila lah mengundi Nizar.

Nizar adalah bukan sekadar calon terbaik Pas abad ini, malahan satu bintang yang sedang gemerlapan untuk memancar dalam persada politik negara. Jadi ia wajar dipertimbangkan sebagai de factor yang kukuh.

Memang Bukit Gantang, seketika dulu kubu kuat Umno. Itu cerita lama kerana Umno/BN telah kalah kepada allahyarham Roslan Shahrum pada PRU12 2008. PRK hari ini pula akan memperkukuhkan penolakan rakyat pada Umno/BN. Selain itu, PRK ini akan memperlihatkan sama ada rakyat menerima dan nampak Nizar (kalau celik) sebagai seorang pemimpin yang dicari-cari selama ini, seorang pemimpin yang bersih dan tidak korup, berwibawa, adil dan saksama.

Ia akan bergantung pada sama ada orang Melayu yang berada di kawasan luar bandar termakan dengan kempen “sembah derhaka” dan isu boneka yang dimainkan Umno/BN kerana hanya dua isu ini yang amat ketara cuba disumbatkan ke dalam benak Melayu. Sedangkan pada hakikatnya Umno temberang besar dalam hal ini.

Ataupun orang Melayu sudah memahami apa yang berlaku dengan menyimpulkannya bahawa Umno yang menjadi dalang atau penjual ubat yang sudah basi di era ini. Pengundi Melayu yang merupakan 63 peratus daripada 55,000 orang pengundi di Bukit Gantang tentunya bijak membuat kesimpulan masing-masing.

Umno dengan tagline mohon restu rakyat juga kelihatan memakan diri sendiri. Ia seakan mempermainkan rakyat kerana rakyat sudah sekian lama memberi mandat dan restu pada Umno untuk memerintah. Kini Umno mohon restu lagi daripada rakyat untuk apa? Berkuasa muntuk elakukan rasuah dan jenayah dan segala macam perkara yang pelik dan rumit.

Apapun secara jelas, keberkesanan gerak kerja Pas dan Pakatan Rakyat menampakkan bahawa Nizar terus diterima rakyat sama ada Melayu, Cina maupun India. Ini menakutkan Umno. Kedatangan Tun Mahathir Mohamad (yang dimport kerana DS Najib dan Ts Muhyidin gagal) untuk berkempen selama 40 minit juga tidak memberi banyak kesannya. Yang datang mendengar sekadar meramaikan situasi adalah orang luar dan para penyokong Pas sendiri. Mereka sekadar ingin mengetahui apakah gula-gula yang dibawa.

Bagaimanapun tujuan membawa Tun adalah jelas. Ia untuk menarik pengundi atas pagar. Namun pagar pun sudah dirobohkan, yang ada sekadar tiang-tiang pagar sahaja.

Nizar mempunyai auranya yang tersendiri. Kalau dulu Pas menumpaskan Umno dengan majoriti 1,566 undi, namun pada PRK ini adalah dijangkakan bahawa jumlah majoriti akan meningkatkan kerana calon yang diletakkan telah terbukti berwibawa.

Yang peliknya jentera pilihan raya Umno di bawah Dr Zambry AK menjadi kaku dan kojol seakan tidak bergerak … seakan mengaku kalah awal lagi. Apa tidaknya takda manusia yang mengerumuni majlis anjuran Umno/BN. Sekadar gimik, semua media arus perdana yang terkenal sombong dan bongkak terpaksan dengan gah melaporkan perkara sebaliknya dengan membohongi rakyat.

Bagaimanapun, kemenangan atau kekalahan PR (yang tidak mungkin berlaku) akan memberi gambaran sebenar mengenai sikap dan penerimaan orang Melayu mengenai kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak. Kemenangan Nizar akan mengesahkan penolakan rakyat pada kerja-kerja kotor Umno/BN dalam menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat… dan secara langsung juga mengesahkan kemunculan satu ikon yang baru dalam persada politik negara. END