Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - -

SMS 7 edition: 97 peratus undi sah ada sidang DUN

Keputusan Undian SMS yang dikendalikan oleh 7 Edition tentang pendapat rakyat Malaysia “Apakah Sidang Tergempar SAH?” menunjukkan 97% rakyat menyatakan ia SAH.

Rakyat tidak nampak alasan munasabah ada dikemukakan untuk menghalang persidangan tergempar yang dipanggil oleh Speaker DUN Perak, V.Sivakumar .

TPM DS Najib Tun Razak berkata, Speaker DUN tidak boleh memanggil sidang tergempar kerana mahkamah belum membuat keputusan berhubung status kerajaan negeri itu.

(Nota: Najib nak guna pakai ker keputusan mahkamah nanti. Dulu nak lantik Dr Zambry tak tanya mahkamahpun)

Jawapan Najib mahupun Zambry mengenai hal ini tersasar jauh kerana kes di mahkamah lansung tidak melibatkan Speaker dan Speaker berhak menjalankan tugasnya. Kes di mahkamah aitu juga tidak diketahui selama mana akan disegerakan. Jika beleretan, apakah bererti Sidang DUN tidak perlu diadakan sepanjang tempoh itu?

Jawapan Najib itu juga menunjukkan beliau tidak menyakini kerajaan negeri pimpinan Zambry sebagai Menteri Besar yang SAH kerana status kerajaan negeri itu belum diputuskan oleh mahkamah!

Ia bukit jelas, bahawa Najib hanya bercakap berasaskan usahanya untuk menegak dan mengekalkan kerajaan haram BN yang beliau rencanakan.
Ada beberapa justifikasi untuk Speaker memanggil Sidang DUN tergempar ini tanpa memerlukan perkenan Sultan.

Pertama, beliau telah mendapat dua notis usul daripada dua ADUN Perak untuk dibincangkan segera. Usul pertama oleh Khalil Idham Lim Abdullah (ADUN Titi Serong) yang mahu ahli dewan memberikan sokongan kepada Menteri Besar Perak, YAB Ir Muhammad Nizar Jamaluddin. Manakala usul kedua oleh YB Chang Lih Kang (ADUN Teja) yang mahu DUN dibubarkan bagi memberikan laluan kepada rakyat memilih melalui pilihanraya.

Kedua, sidang DUN yang lepas hanya ditangguhkan dan boleh disambung semula tanpa perlu lagi perkenan sultan. Maka speaker berhak panggil sidang tergempar. Contoh Sidang parlimen pasal isu palestin yang diadakan baru-baru ini tidak pun perlu mendapat perkenan Agong terlebih dahulu.

Ketiga, sidang DUN tergempar ini tidak perlu diberikan notis 14 hari seperti yang diperuntukkan di bawah Peraturan Tetap 27 (3) Peraturan Peraturan Tetap DUN Perak kerana notis itu hanya untuk persidangan biasa bukan tergempar.



Tags:

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers