Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - -

Speaker: Demokrasi setengah masak

February 28, 2009

Sidang tergempar DUN Perak: Najib beri kenyataan bercanggah.

TPM DS Najib Tun Razak berkata Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak tidak boleh mengadakan sidang tergempar Selasa ini selagi mahkamah belum membuat keputusan berhubung dua kes berkaitan kerajaan negeri itu.

Kenyataan Najib ternyata terkeluar dari kuasa Speaker dan DUN yang tidak ada kaitan apa-apa kes di Mahkamah. Dua kes yang belum diputuskan mahkamah ialah kedudukan tiga wakil rakyat negeri itu dan status kerajaan negeri Perak daripada segi perlembagaan.

BERIKUT KENYATAAN DARIPADA SPEAKER DUN PERAK, V SIVAKUMAR
V.Sivakumar
Speaker, Dewan Negeri Perak.

Bukankah seorang Speaker berhak memanggil DUN bersidang ? Kalau hak untuk memanggil DUN bersidang juga dirampas daripada seorang speaker, apakah nilai-nilai demokrasi yang akan kita warisi pada masa akan datang. Kita tidak mahu anak-anak kita hidup dalam kelambu ‘demokrasi setengah masak’.

Saya telah memanggil untuk mengadakan persidangan tergempar pada 3 Mac 2009. Tetapi saya dihalang oleh pihak-pihak tertentu dengan pelbagai alasan. Mengikut Perintah-perintah Tetap 8, seseorang Speaker boleh memanggil persidangan tergempar dalam keadaan yang amat memerlukan. Dalam keadaan biasa, notis 14 hari diperlukan untuk memanggil DUN untuk bersidang. Tetapi dalam keadaan tergempar, notis itu tidak diperlukan. END

Tags:

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers