1. Tindakan terdesak yang sedang dilakukan oleh ADUN Pangkor dan ADUN yang terlibat adalah untuk mempertahankan kerajaan haram yang dirampas 6 Feb yang lepas. Nampaknya dalam tempoh itu,mereka telah mengkaji semua sudut perundangan yang ada bagi mempertahankan kedudukan haram itu. Bila sudah buat keputusan untuk ke London dan merujuk kepada peguam di sana bererti harapan kepada undang-undang yang ada di Malaysia sudah tiada lagi.
2. Di Malaysia terdapat ribuan peguam dan rhakim termasuk yang menjadi Ahli UMNO termasuklah Ketua Hakim Negara sendiri. Ternyata tidak ada satu sudut pun dapat menolong kerja jahat mereka lagi kerana kesalahan telahoun berlaku. Jadi QC lah rujukan terbaik kini.
3. Atas prinsip Rukun Negara “Keluhuran Perlembagaan” tindakan Zambry dan kuncu-kuncunya adalah menghina sistem yang ada di Malaysia, mereka telah menghina sistem perundangan di negara sendiri.
4. Salah guna harta rakyat. Mereka ke London bukan dengan duit peribadi. Saya yakin puluhan ribu akan dibelanjakan untuk ini. Harta Rakyat nampaknya disalah guna untuk mempertahankan kerja jahat parti UMNO dan BN.
5. Belum cukupkah dengan segala serangan media cetak dan penyiaran yang boleh dikatakan setiap hari terhadap Pakatan Rakyat, untuk mempengaruhi pemikiran rakyat agar menolak PR. Agaknya ia langsung tidak berkesan… ialah rakyat dahpun tahu mainan politik Umno/BN. END
0 comments